BAB 2
Pagi yang agak kelam kabut. Alya terlewat bangun. Malah
Za’ara Aisha juga terlewat untuk ke sekolah. Mungkin kepenatan menguruskan
jamuan hari lahir Za’ara Aisha dan kenduri tahlil membuatkan mereka seisi
keluarga terlewat bangun di pagi itu. Alya hanya menyarungkan sehelai kemeja
berjalur kuning dan coklat bersama seluar coklat pekat. Dilengkapi sehelai
tudung bercorak. Sesekali matanya melirik jam di dinding sambil mulutnya tidak henti mengesa Za’ara Aisha bersiap untuk
ke sekolah.
“Za’ara.....
cepatlah. Ummi dah lambat ni. Cepat sayang. Za’ara pun tak mahu terlewatkan.”
Gesanya lagi melihatkan Za’ara Aisha yang agak lambat.
“Ummi,
Za’ara rasa macam tak nak gi school
la hari ni? Boleh tak Ummi?” kata Za’ara Aisha dengan perlahan. Takut Umminya
akan marah dengan permintaannya itu. Pergerakan Alya yang tadinya pantas,
terhenti. Direnung Za’ara Aisha yang kini berbaring di katilnya. Hatinya
diterpa bimbang. Sakitkah anaknya ini?
“Kenapa,
sayang Ummi ni tak sihat ke? Demam?” soal Alya bimbang. Tangannya cepat-cepat
melekap di dahi Za’ara Aisha. Za’ara Aisha menggeleng menidakkan pertanyaan
Yamin.
“Habis
tu?” soal Alya lagi.
“Za’ara
penat la Ummi. Boleh ye Ummi, Za’ara tak nak gi school hari ni?’ ajunya lagi. Alya diam. Za’ara Aisha masih
memandangnya dengan penuh harapan.
“Ok!
Tapi hari ni saja.” Putus Alya.
“Terima
kasih Ummi. Esok Za’ara gi school
ye,” janji sekecil lantas memeluk Alya erat.
Alya keluar
dari bilik setelah berpuas hati dengan penampilan hari ini. Di letakkan tas
tangan di atas meja di ruang makan. Lantas dicapai teko dan dituangkan ke dalam
cawan. Nampaknya dia takkan sempat menjamah apa yang telah dihidangkan
memandangkan masa yang semakin suntuk.
“Astagfirullah
Al Azim, budak bertuah ni. Ibu tak pernah ajar anak ibu minum berdiri ni. Kak
ngah, cubalah duduk minum tu.” Tegur Puan Amnah sebaik melihatkan kelakuannya
yang agak tidak sopan. Alya hanya mengeleng dan tersenyum sipu.
“Sorry
bu. Kak Ngah dah lambat ni. Oh... ya. Za’ara tak pergi sekolah pagi ni. Nampak
macam penat sangat. Nanti ibu tolong uruskan Za’ara ye. Kak Ngah pergi dulu.
Assalamualaikum.... Za’ara..... Ummi pergi dulu ye. Jangan nakal-nakal tau. Jangan
susahkan nenek ye,” pesannya lagi.
“Ok
Ummi,” sahut Za’ara Aisha lantas mengucup tangan. Satu kebiasaan yang telah diajarkan
sejak dia mula berjalan.
“Ha....
kak ngah pun jangan la pandu laju-laju sangat. Lagi-lagi pulak bila dah lambat
ni. Esok ke tempat kerja pun tak sampai, ke hospital pulak tujunya” Pesan Puan
Amnah. Bukan dia tak tahu, anaknya itu sering memandu agak laju sekiranya terlewat.
Alya hanya tersenyum mendengarkan kata-kata ibunya itu.
Alya memandu
dengan kelajuan sederhana. Ingatan dari ibu masih diingati. Sedar walau selaju
mana pun dia memecut, masih akan tetap lewat sampai ke pejabat. Lebih-lebih
lagi dengan keadaan lalu lintas yang agak perlahan ini.
Dicapai
telefon di dalam tas tangan di tempat duduk penumpang sebelah. Tangannya ligat
menaip patah – patah perkataan memberitahu kelewatannya hari ini. Mujur juga
hari ini, diau tidak perlu menghadiri mana-mana mesyuarat penting.
Deringan
telefon kedengaran. Alya memandang sekilas ke skrin telefon bimbit. Secebis
senyuman terukir demi melihatkan nama pemanggil di skrin. Dipasangnya hand free yang memang tersedia di dalam
kereta ini.
“Yup,
Hani....” tegurnya mesra.
“Assalamualaikum,
kawan. Dah tahu nak bagi salam ke?” jerkah suara di sebelah sana. Alya tertawa
besar mendengar sindiran suara itu. Sedar, salah dia juga tidak mengungkapkan
kata-kata sejahtera itu.
“Wa’alaikumsalam,
sorry la kawan. Aku lupa” katanya
memohon maaf sambil ketawa.
“Apahal
kau call aku ni? Dalam 20 minit lagi aku sampai la.” Soalnya lagi.
“Saja.
Selalukan kau yang tunggu aku. Ni terbalik pulak. Aku pulak yang kena tunggu
kau. Tu yang aku pelik. Takut kau tak sihat je”.
“Tak ada
maknanya. Nantilah kita jumpa. Aku tengah drive ni, walaupun aku pakai hand free sebenarnya. Aku terlewat
bangun la hari ni. Penat sangat kot. Eh.... tak apalah nanti, kita sambung cerita
la,” katanya menutup bicara.
Alya
memakirkan kereta di sebelah kereta Nur Hani. Mengatur langkah menuju ke pintu
lif untuk ke pejabat di tingkat 6. Senyuman dilemparkan kepada orang orang yang
berada di dalam lif itu. Kebanyakannya bertugas di tingkat yang berlainan di
bangunan itu yang setinggi 8 tingkat. Dia mula berkhidmat di situ sebaik sahaja
dia menamatkan pengajiannya di universiti. Mungkin juga kerana tuahnya Za’ara
Aisha, dia tidak perlu bersusah payah seperti kawan – kawan sealiran lain yang
rata-rata terpaksa berusaha lebih. Bersyukur sekalipun jurusan yang diambil berbeza
dengan apa yang dia lakukan sekarang.
Diam tak
diam sudah hampir 6 tahun dia bertugas di situ. Bermula dari jawatan kerani,
kini dia menjawat jawatan Eksekutif di sini. Segalanya dilakukan demi kasih
kepada Za’ara Aisha. Alya melalui bilik Nur Hani, kawan rapatnya. Dijengah
seketika. Sekadar diketuk pintu bilik tersebut perlahan sebaik melihat kelibat Nur Hani yang tekun meneliti fail di
hadapannya sebelum berlalu memasuki bilik sendiri. Nur Hani pula bertugas
sebagai Akauntan di syarikat. Hubungan mereka akrab sejak dari hari pertama dia
melaporkan diri untuk bertugas buat pertama kalinya.
Nur Hani
bangun menyonsong langkah. Tanpa kata dia melabuhkan punggungnya di hadapan
Alya.
“Assalamualaikum,
dah tak reti ke nak bagi salam, ketuk pintu ke. Main serbu je nampak?” kata Alya dengan nada mengusik.
“Wa’alaikumsalam,
perli nampak...” sahut Nur Hani sambil ketawa. Alya juga tersenyum mendengarkan
kata-kata Nur Hani tersebut.
“Sorry, Alya. Aku tak datang rumah kau
malam tadi. Bukan apa, mak aku datang pagi semalam dengan ayah aku. Sorry ye.” Kata Nur Hani kesal.
“Hei....
It’s ok la. Aku tahulah kau bukan
sengaja tak nak datang. Mesti ada hal kan. Tapi tengahari ni, kau kena belanja
aku lunch.Sebagai denda. Ok tak?” kata Alya.
“Ok je.
Tapi kita makan lauk yang mak aku masak je la. Mak aku siap masak pagi tadi
untuk bekal kat aku. Untuk kau pun dia tak lupa. Biasalah masak lemak cili api
daging salai dengan belimbing buluh, favourite kau tu. Sayang betul mak aku kat
kau. Jelous la pulak aku.”
“Alamak,
bestnya. Ok la tu. Aku kalau nak tunggu kau yang masak, alamat la kempunan”
usik Alya lagi.
“Habislah
diet kau ye,” sambungnya lagi sambil ketawa. Bukan dia tak tahu keobsesan Nur Hani
berdiet. Padahal kalau nak difikirkan tak pulak Nur Hani ni ada masalah yang
kritikal tentang berat badannya.
“Tak pe
la. Mak aku ada ni, tak bolehlah aku diet. Dia kalau masak apapun, aku mesti
makan juga. Kadang-kadang aku terfikir juga, mak kita kalau masak apa pun,
mesti sedap walaupun setakat sambal tumis dan telur dadar aje.”
“Kau nak
tahu kenapa masakan dia orang tu sentiasa sedap?” Soal Alya. Nur Hani hanya
menjongketkan keningnya tanda bertanya.
“Mak-mak kita kalau memasak selalunya penuh kasih sayang.
Tu pasallah walau apapun yang dimasak dan dihidangkan oleh mak-mak kita mesti
sedap dengan curahan kasih sayangnya itu. Ada faham cik Nur Hani?” Kata Alya
dengan nada mengusik. Nur Hani hanya memandang Alya dengan senyuman.
“Okey..... itu aku memang setuju.” Nur Hani menaikkan ibu
jarinya tanda bagus kepada Alya.
“Dah la
masuk bilik kau. Dah ada bilik sendiri pun, datang bertenggek kat bilik aku.
Tengahari nanti kita lunch kat Cafe aje la.”
“Kedekut!!!”
kata Nur Hani dalam nada mengusik. Dia kemudiannya berlalu meninggalkan bilik
Alya untuk menyambung kembali kerjanya yang ditinggalkan seketika tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan